Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima jemputan daripada Kementerian Perpaduan Negara untuk menyampaikan taklimat integriti sempena Program Transformasi Minda (PTM) Siri 1/2026. Program ini telah berlangsung pada 21 April 2026 bertempat di Bahang Bay Hotel, Pulau Pinang.
Taklimat bertajuk Pengurusan Integriti ini telah disampaikan oleh Encik Ruben Raj Samuel Konsultan Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan Awam (PISPA). Sesi ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pemahaman berkaitan kepentingan pengurusan integriti dalam perkhidmatan awam, serta memperkukuh nilai-nilai etika dan akauntabiliti dalam kalangan peserta.
Program ini telah dihadiri seramai 56 orang peserta yang terdiri daripada pegawai Kementerian Perpaduan Negara serta jabatan-jabatan di bawah seliaannya. Secara keseluruhannya, program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran dan komitmen peserta terhadap amalan integriti dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.










