Satu sesi perbincangan bersama Yang Berbahagia Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, mantan Timbalan Ketua Polis Negara, telah diadakan pada 17 Ogos 2026 di Institut Integriti Malaysia (IIM). Pertemuan ini menjadi platform pertukaran pandangan dan pengalaman, khususnya berkaitan aspek integriti, kepimpinan berprinsip serta usaha memperkukuh pembudayaan integriti dalam masyarakat. Tan Sri Ayob Khan telah bersara daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 26 Julai 2026 selepas 35 tahun berkhidmat.
Perbincangan turut memfokuskan kepada potensi kerjasama strategik pada masa akan datang antara IIM dan Tan Sri Ayob Khan, termasuk penglibatan beliau dalam sesi podcast IIM, selain penerokaan peluang bagi penulisan serta temu bual bersama media. Kerjasama ini diharap dapat memperluas perkongsian pengalaman dan pandangan beliau mengenai integriti, kepimpinan, keselamatan serta tatakelola, sekali gus menyokong usaha IIM dalam menyampaikan mesej integriti kepada khalayak yang lebih luas.










