18 August 2026 3:44 pm

Program Semarakkan Kemerdekaan 2026

Program Semarakkan Kemerdekaan 2026 telah berlangsung pada 17 Ogos 2026 bertempat di Institut Integriti Malaysia (IIM). Program ini menghimpunkan warga IIM dalam suasana penuh semangat patriotik bersempena sambutan Bulan Kebangsaan, di samping menjadi platform bagi penyampaian amanat serta pengukuhan semangat kebersamaan dalam kalangan warga organisasi.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah Kahoot Merdeka, amanat Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIM serta pakaian patriotik terbaik. Program ini bertujuan menyemarakkan semangat cinta akan negara, patriotisme dan penghayatan erti kemerdekaan dalam kalangan warga IIM. Selain memperkukuh rasa bangga sebagai rakyat Malaysia, program ini turut memberi penekanan kepada nilai perpaduan, tanggungjawab dan integriti sebagai asas penting dalam mempertahankan kemerdekaan serta menyumbang kepada pembangunan negara.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 366
JUMLAH PELAWAT : 476880

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 18 August 2026

Skip to content