21 April 2026 9:17 am

Jawatan Kosong

Institut integriti malaysia

SENARAI TUGAS:
1. Membantu dalam pembangunan dan penyediaan National Integrated System on Integrity (NISI)
termasuk kertas kerja dan keperluan sistem.
2. Melaksanakan pembangunan serta penambahbaikan prototaip Sistem RIG
(Pengurusan Risiko Integriti).
3. Membantu dalam pengurusan dan penyelenggaraan Integrity Learning Management System
(iLMS) termasuk sokongan kepada pengguna.
4. Menyokong pembangunan dan penambahbaikan Integrity Assessment Tool (IAT) bagi tujuan
penilaian integriti organisasi.
5. Membantu dalam pembangunan dan pemantauan Sistem Pematuhan Integriti (ICOMS) termasuk
penyediaan laporan berkaitan.
6. Menjalankan analisis keperluan pengguna dan membantu dalam reka bentuk aliran sistem.
7. Melaksanakan pengujian sistem serta memastikan fungsi berjalan dengan baik.
8. Menyediakan dokumentasi berkaitan pembangunan dan penambahbaikan sistem.
9. Menyelaras pelaksanaan bengkel, mesyuarat dan sesi libat urus berkaitan sistem.

KEPERLUAN PENDIDIKAN DAN KELAYAKAN AKADEMIK:
Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Teknologi Maklumat, Sains Komputer, Sistem Maklumat
atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau
kelayakan yang setaraf dengannya.

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG DIPERLUKAN:
1. Pengetahuan asas dalam pembangunan sistem, analisis keperluan dan aliran proses.
2. Kemahiran dalam pengujian sistem dan dokumentasi teknikal.
3. Kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan yang baik.
4. Keupayaan menyelesaikan masalah dan berfikir secara analitikal.
5. Kemahiran pengurusan masa dan keupayaan mengendalikan pelbagai tugasan serentak.
6. Pendedahan kepada pengurusan data dan integrasi sistem adalah satu kelebihan.
7. Kemahiran penggunaan perisian seperti Microsoft Office dan aplikasi IT berkaitan.
8. Keupayaan bekerja dalam persekitaran projek dan memenuhi tempoh masa yang ditetapkan.
9. Pendedahan kepada teknologi digital/AI adalah satu nilai tambah.

PENGALAMAN KERJA YANG DIPERLUKAN:
1. Mempunyai pengalaman dalam pembangunan sistem, sokongan teknikal atau bidang berkaitan
adalah satu kelebihan.
2. Graduan baharu yang mempunyai pengetahuan dan minat dalam pembangunan sistem juga
digalakkan memohon.

KADAR UPAH BULANAN:
RM 2,300.00

JUMLAH KEKOSONGAN:
Satu (1)

PERKARA AM:
1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.
2. Permohonan yang tidak mengikut peraturan, tidak lengkap dan diterima selepas tarikh tutup tidak
akan dipertimbangkan.
3. Permohonan adalah terbatal sekiranya didapati pemohon memberikan maklumat yang tidak benar.
4. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas dari IIM dalam tempoh enam (6) bulan dari
tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya.

PANDUAN PERMOHONAN:
1. Sila sertakan resume atau “curriculum vitae” dan salinan sijil-sijil yang berkaitan.
2. Sila hantarkan permohonan ke alamat emel ([email protected]), ATAU dengan memohon melalui
portal MYFutureJobs (https://www.myfuturejobs.gov.my)

TARIKH AKHIR PERMOHONAN:
21 April 2026 (Selasa)

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 76
JUMLAH PELAWAT : 430950

Pengiktirafan

Hubungi

© 2025 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 21 April 2026

Skip to content