21 August 2026 6:52 pm

MAJLIS BANDARAYA KUANTAN – KEKALKAN PERKHIDMATAN MANTAP DEMI KESEJAHTERAAN WARGA KUANTAN

KUANTAN, 19 Ogos 2026 – Penyediaan dokumen sokongan yang lengkap dan teratur serta penerangan yang jelas daripada pegawai bertugas telah membantu melancarkan lagi Sesi Penilaian Lapangan SPINE bersama-sama dengan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) yang diadakan di Bilik Mesyuarat Aras 9, MBK. MBK merupakan pihak berkuasa tempatan pertama di bawah seliaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang yang telah selesai melaksanakan Sesi Penilaian Lapangan SPINE.

Majlis pembukaan sesi ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Helmy bin Mohamed Yatim, Pengarah Jabatan Seni Bina dan turut dihadiri oleh Pengarah-pengarah Bahagian MBK. Beliau menegaskan MBK sentiasa berusaha untuk memastikan pengamalan nilai integriti yang tinggi di kalangan warga MBK, terutama perkara yang melibatkan tadbir urus organisasi dan urusan komuniti setempat.

Sesi penilaian lapangan diketuai oleh Puan Nurul Fadzliyanie binti Mohd Razif, selaku Ketua Penilai dan Puan Fara Hasda binti Suhaimi sebagai Penilai Kedua, yang merupakan Konsultan Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan Awam (PISPA), Institut Integriti Malaysia (IIM). Kerjasama penuh dan kesungguhan yang diberikan oleh para pegawai MBK, terutama Unit Integriti sangat membantu sepanjang proses penilaian berlangsung. Sesi temubual, lawatan tapak ke ‘Centralized Command Centre’ MBK dan semakan dokumen-dokumen sokongan adalah pembuktian fizikal bagi elemen-elemen berkaitan dalam sistem SPINE.

Melalui sesi-sesi ini, dapatan semakan, pembuktian dokumen dan syor penambahbaikan berkaitan elemen-elemen tertentu yang dikenalpasti diharap dapat menjadi nilai tambah kepada pihak MBK dalam memperkukuhkan lagi mutu kerja, keberkesanan kawalan dalaman dan tadbir urus dengan lebih telus dan berintegriti.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 271
JUMLAH PELAWAT : 478153

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 21 August 2026

Skip to content