21 August 2026 7:00 pm

SESI PENILAIAN LAPANGAN SISTEM PENGURUSAN INTEGRITI DAN GOVERNANS (SPINE) BERSAMA-SAMA UNIT INTEGRITI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM) NEGERI PAHANG

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah selesai melaksanakan Sesi Penilaian Lapangan Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) bagi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Pahang pada 20 Ogos 2026, bertempat di ibu pejabat JKM Negeri Pahang. JKM Negeri Pahang adalah agensi negeri pertama di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah selesai sesi penilaian ini.

YBrs. Tuan Khairul Amri bin Ahmad, AAP, Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang telah memulakan sesi dengan majlis pembukaan, yang turut dihadiri oleh Ketua-ketua Bahagian. Beliau menegaskan JKM Negeri Pahang sentiasa berusaha menerapkan nilai-nilai etika dan integriti yang tinggi dan telus sebagai budaya kerja di JKM.

Kerjasama penuh daripada para pegawai penyelaras SPINE sangat membantu dalam melancarkan lagi sesi penilaian ini. Dokumen-dokumen sokongan yang disusun kemas berdasarkan elemen-elemen di dalam sistem SPINE dan sesi temubual telah dijawab dengan telus memberi peluang kepada para konsultan untuk membantu pihak JKM Negeri Pahang melaksanakan penambahbaikan bagi elemen-elemen tersebut. Adalah diharapkan penambahbaikan yang dicadangkan akan dilaksanakan oleh pihak JKM Negeri Pahang dalam membantu meningkatkan lagi integriti dan tadbir urus yang baik di pihak JKM Negeri Pahang.

Sesi penilaian ini diketuai oleh Puan Nurul Fadzliyanie binti Mohd Razif dan dibantu oleh Puan Fara Hasda binti Suhaimi, Konsultan Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan Awam (PISPA), IIM.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 271
JUMLAH PELAWAT : 478153

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 21 August 2026

Skip to content