27 April 2024 9:06 pm

Saluran Whistleblowing

Institut integriti malaysia

Saluran Whitleblowing Institut Integriti Malaysia (IIM)

Integriti Adalah Tanggungjawab Semua !

Selari dengan nilai teras IIM iaitu INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN DAN PROFESIONAL, IIM sentiasa mengalu-alukan mana-mana individu (dalaman atau luaran) untuk tampil melaporkan salah guna kuasa, kelakuan tidak beretika atau perbuatan yang melanggar undang-undang yang melibatkan pengurusan atau pegawai IIM.

Apa Yang Anda Boleh Laporkan ?

Sebarang penyelewengan dan kelakuan tidak beretika adalah termasuk tetapi TIDAK terhad kepada perkara berikut:

  1. Penipuan
  2. Rasuah
  3. Salah guna kuasa
  4. Konflik kepentingan
  5. Kecuaian tanggungjawab
  6. Salah guna harta / aset majikan
  7. Ketidakpatuhan terhadap polisi dan prosedur
  8. Gangguan seksual
  9. Pelanggaran terma dan syarat pekerjaan
  10. Sebarang penyelewengan lain yang serupa atau berkaitan

Bagaimana ?

Pendedahan maklumat boleh disampaikan kepada alamat seperti berikut:

Saluran Whistleblowing
Institut Integriti Malaysia (IIM)
Aras 3 & 6, Setia Perdana 5, Kompleks Setia Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya

Emel : [email protected]

Bagi melancarkan proses siasatan, pendedahan harus mengandungi maklumat berikut:

  1. Penerangan mengenai salah laku tersebut;
  2. Tarikh dan lokasi kejadian;
  3. Identiti pelaku kesalahan;
  4. Maklumat saksi (jika ada);
  5. Bukti dan/ atau dokumen sokongan; dan
  6. Butiran lain yang dianggap berguna untuk memudahkan pemeriksaan dan tindakan yang akan dilakukan;

 

IIM komited untuk memastikan bahawa semua maklumat yang disalurkan, termasuk identiti pemberi maklumat akan dilindungi dan diselia dengan kerahsiaan yang ketat.

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 79
JUMLAH PELAWAT : 154745

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 27 April 2024

Skip to content