21 August 2026 9:27 pm

Kunjungan hormat daripada Unit Integriti, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA)

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima kunjungan hormat daripada Unit Integriti, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) pada 20 Ogos 2026 bertempat di Institut Integriti Malaysia (IIM). Kunjungan tersebut telah disambut oleh Encik Zubayry Abady Sofian, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat (BKK) bersama pegawai-pegawai kanan IIM. Pertemuan ini menjadi platform untuk kedua-dua pihak berkongsi pandangan serta meneroka potensi kerjasama strategik dalam usaha memperkukuh agenda integriti dan tadbir urus organisasi.

Sepanjang sesi tersebut, pihak IIM turut berkongsi secara umum mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan dalam aspek pembangunan integriti, tadbir urus, latihan serta pengukuhan kompetensi organisasi. Pihak IRDA menyatakan minat untuk meneroka peluang kolaborasi bersama IIM, termasuk penyertaan dalam program-program latihan dan pembangunan kapasiti pada masa akan datang. Kerjasama ini diharap dapat membuka ruang kepada lebih banyak inisiatif bersama dalam usaha memartabatkan budaya integriti serta memperkukuh amalan tadbir urus yang baik dalam organisasi.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 292
JUMLAH PELAWAT : 478174

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 21 August 2026

Skip to content