25 August 2026 6:36 am

Facebook Feeds

Institut Integriti Malaysia
Institut Integriti Malaysia10 hours ago
Salam Maulidur Rasul 1448H 🌙✨

Sempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, marilah kita bersama-sama menghayati dan meneladani keperibadian Rasulullah SAW yang berteraskan amanah, kejujuran, kasih sayang dan akhlak mulia.

Semoga penghayatan nilai-nilai murni yang dibawa oleh Baginda menjadi panduan dalam membina diri, memperkukuh perpaduan serta membentuk masyarakat yang berintegriti dan diberkati.

“MADANI Dihayati, Ummah Diberkati”

12 Rabiulawal 1448H | 25 Ogos 2026

Ikhlas daripada
YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif
serta seluruh warga kerja Institut Integriti Malaysia (IIM).

#MaulidurRasul1448H #SalamMaulidurRasul #MADANIDihayati #UmmahDiberkati #InstitutIntegritiMalaysia IIM Integriti
Institut Integriti Malaysia
Institut Integriti Malaysia17 hours ago
Bukan senang nak kekal konsisten di puncak, apatah lagi bila mempertahankan integriti dalam dunia sukan. 🎙️

Istimewa dalam Bikin Serupa Cakap kali ini menampilkan figura luar biasa; juara lontar peluru Paralimpik Negara, Muhammad Ziyad Zolkifli. Beliau membongkar sisi disiplin, mentaliti juara, dan pentingnya memegang teguh prinsip integriti dalam sukan.

Dengarkan kupasan mendalam beliau menerusi topik “Sukan Tanpa Sempadan, Integriti Kunci Kejayaan: Suara Paralimpik”

Mana satu nilai yang paling membakar semangat anda?
Tekan butang Follow & set notifikasi anda sekarang.

🎬 Tayangan perdana (premier) bakal menyusul tidak lama lagi!

#BikinSerupaCakap #IntegritiDiHati #DemiMalaysia #ParalimpikNegara #ZiyadZolkifli #ComingSoon
Institut Integriti Malaysia
Institut Integriti Malaysia18 hours ago
𝗦𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝗚𝘂𝗻𝗮, 𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗧𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 ‘𝗞𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻’: 𝗙𝗹𝘂𝘀𝗵, 𝗣𝗮𝘀𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗶𝗵, 𝗕𝗮𝗿𝘂 𝗕𝗲𝗿𝗲𝗱𝗮𝗿

Kebersihan diri merupakan salah satu cerminan sikap, disiplin dan rasa hormat seseorang terhadap orang lain dalam sesebuah organisasi. Persekitaran kerja yang bersih dan selesa bukan hanya bergantung kepada pihak pengurusan atau pekerja pembersihan, sebaliknya memerlukan tanggungjawab bersama setiap warga kerja. Amalan mudah seperti menjaga kebersihan badan, memastikan pakaian sentiasa bersih, menggunakan wangian secara bersesuaian serta menjaga kebersihan ruang yang digunakan bersama mampu memberi keselesaan kepada rakan sekerja dan mewujudkan suasana kerja yang lebih profesional.

Perhatian khusus juga perlu diberikan kepada kebersihan tandas kerana kemudahan tersebut digunakan secara bersama. Perbuatan meninggalkan tandas dalam keadaan kotor, khususnya 𝘀𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝗺𝗲𝗺𝗯𝘂𝗮𝗻𝗴 ‘𝗵𝗮𝗷𝗮𝘁’ 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗽𝗮𝗺 (𝙛𝙡𝙪𝙨𝙝), bukan sahaja menimbulkan bau yang tidak menyenangkan, malah menunjukkan kurangnya keprihatinan terhadap pengguna seterusnya. Setiap individu hendaklah memastikan tandas ditinggalkan dalam keadaan bersih, mengepam selepas digunakan dan memastikan tiada kesan atau kekotoran yang tertinggal. Sikap pengotor mungkin dianggap perkara kecil oleh sesetengah pihak, tetapi apabila berlaku berulang kali, ia boleh menjejaskan keselesaan, hubungan sesama warga kerja dan imej profesional organisasi. Kebersihan bermula daripada diri sendiri — gunakan kemudahan bersama sebagaimana kita sendiri mahu menerimanya dalam keadaan bersih dan selesa.

#JagaKebersihan #JanganLupaFlush #TandasBersihTanggungjawabBersama #IntegritiDiHati

Produk-Produk Baharu IIM

Sistem Pengurusan Integriti Dan Governans (SPINE)

Modul Integriti Keluarga (MIKe)

Notis & Pemakluman

Pelbagai Pilihan Produk

Produk di Institut Integriti Malaysia

Modul Latihan Seksyen 17A Akta SPRM 2009 dan Tatacara Mencukupi

Integrity Assessment Tool (IAT)

Ethics and Integrity Training Programme (E&I)

Modul Kursus Komprehensif Sistem Integriti Koporat Malaysia (CISM)

Pembangunan Integriti Bersama Komuniti

Do The Right Thing (DTRT)

Individual Integrity Profile (IIP)

Pelan Antirasuah Organisasi (OACP)

Modul Integriti Penguatkuasa (MIP)

Kursus Penilaian Risiko Rasuah (CRA)

Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS)

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 28
JUMLAH PELAWAT : 478821

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 25 August 2026

Skip to content