Siri 2/2024 Latihan Ethics & Integrity (E&I) bersama Padiberas Nasional Berhad (BERNAS)

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan siri 2/2024 Latihan Ethics & Integrity (E&I) bersama Padiberas Nasional Berhad (BERNAS), pemenang Anugerah Platinum AIGA 2022 pada 29 Mei 2024. Sesi latihan yang diadakan di Alor Setar ini telah dihadiri oleh wakil pengurusan BERNAS.

Latihan E&I ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan kefahaman berkenaan proses kesedaran kendiri, proses membuat keputusan secara beretika dan berintegriti serta memupuk pembudayaan integriti dalam organisasi.

Sesi latihan telah disampaikan oleh Puan Munah Abdul Aziz, Konsultan Pusat Integriti Sektor Awam dan Encik Ruben Raj Samuel, Penolong Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik dan Bitara, IIM.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 36
JUMLAH PELAWAT : 166981

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 15 Jun 2024

Skip to content