Sesi perbincangan bersama Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan sesi perbincangan bersama Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada 27 Mei 2024, bagi pelaksanaan program kerjasama bagi pembudayaan integriti di seluruh cawangan MARA termasuklah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Institusi Pendidikan MARA (IPMa) dan Taska MARA.

Antara program kerjasama ialah Integrity Youth Ambassador (I.Y.A), Legasi Integriti Khazanah Alam (LeIKA), Overseas Departure dan juga pembangunan Modul Integriti Kanak-Kanak (MIKa).

Wakil PPIIB, Cik Asmieda Nadia Azmin telah membentangkan Kertas Cadangan I.Y.A yang merupakan medium advokasi asah bakat kepimpinan dalam kalangan pelajar sebagai usaha untuk melahirkan modal insan yang berintegriti masa had a pan. Turut hadir bersama Encik Fison Hamdi Ahmad, Pengarah Pusat Pembangunan Integriti Insan dan Budaya (PPIIB) dan Encik Khairul Aman, Pegawai PPIIB. MARA, telah diwakili oleh Encik Ahmad Sofi Abdullah, Timbalan Ketua Unit Integriti MARA dan Ketua-Ketua Jabatan yang berkaitan.

Semoga dengan kerjasama ini dapat memberi impak yang positif selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI iaitu menjadikan Malaysia sebuah negara yang progresif serta melahirkan generasi belia berintegriti.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 33
JUMLAH PELAWAT : 166978

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 15 Jun 2024

Skip to content