27 Julai 2024 6:17 pm

Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada 28 Mei 2024.

Program ini merupakan tanda sokongan IIM kepada budaya membaca, penerbitan dan hak cipta tempatan. Peluang ini juga dimanfaatkan dengan pembelian bahan bacaan terutamanya berkaitan integriti dan governans untuk rujukan warga dan pengguna Pusat Ilmu IIM.

Warga IIM juga tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dengan Penulis dan Penerbit serta menghadiri Majlis Peluncuran Buku oleh Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) & Buku Antologi Puisi Antirasuah oleh SPRM.

Program yang di selaras oleh Bahagian Penerbitan & Pengurusan Ilmu IIM ini dihadiri oleh pengurusan tertinggi Encik Mohd Hafizdi bin Che Md Akhir, Ketua Pegawai Strategi, Encik Izal Arif bin Zahrudin, Ketua Pegawai Operasi dan warga IIM yang lain.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 44
JUMLAH PELAWAT : 179027

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 27 Julai 2024

Skip to content