Perbincangan pelaksanaan projek kerjasama Pertandingan Teater Integriti (PTR) dan Pementasan Teater Integriti 2024

Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Fakulti Teater, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) pada 27 Mei 2024, telah mengadakan perbincangan pelaksanaan projek kerjasama Pertandingan Teater Integriti (PTR) dan Pementasan Teater Integriti 2024.

Encik Fasyali Fadzly Saipul Bahri, Dekan Fakulti Teater dan Puan Sharifah Hanura Ezwa Syed Akbar, Pensyarah Kanan Fakulti Teater telah membentangkan rangka kerja dan keperluan kerjasama antara dua agensi bagi ‘project kick off’ pada bulan Jun nanti.

Antara perbincangan lain termasuk garis masa pelaksanaan projek dan juga kriteria pertandingan yang akan dibuka kepada semua penggiat seni di seluruh negara. Kerjasama antara IIM dan ASWARA ini juga bakal mewujudkan medium advokasi baharu yang lebih holistik dan interaktif kearah pembudayaan integriti melalui persembahan seni teater.

IIM telah diwakili oleh Encik Fison Hamdi Ahmad, Pengarah Pusat Pembangunan Integriti Insan dan Budaya (PPIIB) bersama dengan Pegawai PPIIB, Cik Asmieda Nadia Azmin selaku pengarah projek bagi PTR dan Pementasan Teater Integriti 2024.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 33
JUMLAH PELAWAT : 166978

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 15 Jun 2024

Skip to content