27 Julai 2024 6:48 pm

Taklimat Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM) kepada syarikat vendor di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF)

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah dijemput untuk memberikan sesi taklimat Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM) kepada syarikat vendor di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) pada 19 Mac 2024. Tujuan taklimat ini dilaksanakan adalah bagi menggalakkan lebih banyak syarikat vendor di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) untuk melaksanakan CISM.

CISM merupakan satu sistem yang boleh membantu syarikat untuk melaksanakan tatacara mencukupi sebagai persediaan terhadap peruntukan liabiliti korporat di bawah Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Sesi taklimat ini merupakan siri kedua selepas siri pertama yang telah dilaksanakan pada Disember 2023 yang lalu secara dalam talian. Sesi ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Rais Ramli, Pengarah Pusat Integriti Sektor Perniagaan, IIM dan telah dihadiri seramai 15 peserta mewakili 12 syarikat yang mana kebanyakannya terdiri daripada pihak pengurusan atasan syarikat tersebut.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 49
JUMLAH PELAWAT : 179032

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 27 Julai 2024

Skip to content