18 November 2026 – Bahagian Bitara, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan lawatan tapak ke Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur bagi meninjau lokasi pelaksanaan program yang bakal berlangsung pada 4 Disember 2026.
Lawatan ini memberi tumpuan kepada penelitian kawasan yang bersesuaian untuk pelaksanaan aktiviti serta penentuan lokasi checkpoint bagi memastikan setiap pengisian program dapat dirancang dengan lebih teratur.
Diharapkan lawatan tapak ini dapat membantu memperkukuh persediaan dan penyelarasan program demi memastikan kelancaran pelaksanaannya kelak.









