22 November 2026 12:09 am

Kursus Rintis Modul Integriti Kepimpinan Masyarakat

MEMBUDAYAKAN INTEGRITI, MEMPERKASA KEPIMPINAN KOMUNITI

Institut Integriti Malaysia (IIM) menerusi Pusat Pembangunan Integriti Komuniti (PPIK) terus komited dalam usaha membudayakan integriti dan memperkasakan kepimpinan masyarakat melalui pelaksanaan Kursus Rintis Modul Integriti Kepimpinan Masyarakat (MIKM) bersama komuniti Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di daerah Sabak Bernam, Selangor.

Kursus ini melibatkan seramai 35 orang peserta daripada 18 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di sekitar daerah Sabak Bernam. Antara KRT yang mengambil bahagian termasuklah KRT Sekendi, KRT Sepintas, KRT Kampung Baharu, KRT Sungai Lias dan KRT Sungai Limau, selain KRT-KRT yang lain. Kursus ini turut mendapat sokongan dan kehadiran YBrs. Puan Safidah binti Abu Samah, Pengarah Bahagian Perhubungan Masyarakat dan Kejiranan (BPMK), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) yang turut menyampaikan perkongsian dalam salah satu slot kursus.

Turut memainkan peranan dalam menjayakan pelaksanaan kursus ini ialah Encik Ahmad Shaiful bin Mohamad, Pegawai Perpaduan Daerah Sabak Bernam yang memberikan kerjasama dan sokongan sepanjang pelaksanaan program. Kursus ini juga dihadiri oleh YBrs. Izal Arif bin Zahrudin, Ketua Pegawai Operasi Institut Integriti Malaysia (IIM) sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkukuh budaya integriti dalam kalangan pemimpin komuniti.

Diharapkan melalui pelaksanaan kursus ini, para peserta dapat meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap nilai-nilai integriti dalam kepimpinan masyarakat, di samping memperkukuh kemahiran komunikasi, pemikiran kritis, penyelesaian masalah serta keupayaan membuat keputusan secara berkesan. Selain itu, kursus ini diharapkan dapat melahirkan pemimpin komuniti yang beramanah, telus, adil dan bertanggungjawab serta berupaya menjadi penggerak kepada pembudayaan integriti dalam komuniti masing-masing.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 2
JUMLAH PELAWAT : 510063

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 22 November 2026

Skip to content