19 November 2026 10:10 pm

PERKUKUH TADBIR URUS YAYASAN DAN KESIAPSIAGAAN SALURAN PEMBERI MAKLUMAT SEMPENA BULAN INTEGRITI NASIONAL 2026

Keberkesanan tadbir urus sesebuah yayasan bukan sahaja bergantung pada kecekapan
pengurusan dana, malah turut menuntut ketelusan, akauntabiliti serta mekanisme pelaporan
salah laku yang jelas dan berkesan. Aspek ini penting bagi memastikan setiap amanah yang
dipertanggungjawabkan diuruskan secara berintegriti dan dapat dipertahankan keyakinan
masyarakat terhadap institusi yayasan.
Sejajar dengan usaha memperkukuh amalan integriti dan tadbir urus, Institut Integriti
Malaysia (IIM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pengamal Sistem
Pengurusan Anti-Rasuah Malaysia (ABMS-MY) telah menganjurkan Program Latihan dan
Bengkel Pengukuhan Tadbir Urus Yayasan dan Kesiapsiagaan Saluran Pemberi
Maklumat pada 17 November 2026 bertempat di IIM, Kuala Lumpur. Program yang
diadakan bersempena Sambutan Bulan Integriti Nasional 2026 ini telah menghimpunkan
seramai 80 peserta daripada 22 yayasan.
Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan kesedaran peserta mengenai
kepentingan pengurusan dana awam yang berakauntabiliti, pencegahan rasuah serta
pengukuhan mekanisme pemberi maklumat sebagai salah satu instrumen penting dalam
memastikan tadbir urus organisasi dilaksanakan secara telus dan berintegriti.
Ucaptama yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi IIM, YBrs. Encik Izal Arif
Zahrudin, mewakili YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Presiden dan Ketua
Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysiatelah menekankan kepentingan pelaksanaan
polisi dan mekanisme saluran pemberi maklumat yang jelas, teratur dan berkesan.
Mekanisme ini bukan sahaja perlu menyediakan ruang selamat untuk pelaporan salah laku,
malah memastikan setiap aduan diterima, dinilai dan diuruskan secara sewajarnya. Program
turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Hairuzam Mohmad Amin @ Hamim, Pengarah Bahagian
Pendidikan Masyarakat SPRM dan YBrs. Encik Rama Sockalingam Nagappan, Setiausaha
Persatuan mewakili YBhg. Datuk Fadilah Baharin, Presiden ABMS-MY
Pengisian program turut merangkumi Dialog Antirasuah yang menampilkan Dr. Mona
Othman dari IIM dan PKPj Aini Awang Muda dari SPRM. Selain itu, peserta turut mengikuti
bengkel berkaitan pelaksanaan mekanisme pemberi maklumat berasaskan piawaian ISO
37002:2021, yang dikendalikan oleh ABMS-MY bagi memberikan pendedahan praktikal
mengenai pengurusan laporan salah laku secara sistematik dan berkesan.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 500
JUMLAH PELAWAT : 509537

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 19 November 2026

Skip to content