Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah pada 24 November 2026 (Selasa), bertempat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah. Delegasi IIM diketuai oleh YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIM bersama barisan pegawai kanan IIM. Kunjungan tersebut telah disambut oleh Yang Berhormat Datuk Zainudin Aman, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.
Pertemuan ini memberi tumpuan kepada aspek pengukuhan jalinan kerjasama strategik, bimbingan, pematuhan serta perkongsian amalan terbaik berkaitan tadbir urus dan integriti organisasi. Perbincangan ini turut menjadi platform untuk bertukar pandangan dan meneroka potensi kerjasama dalam memperkukuh amalan integriti di peringkat organisasi.
IIM berharap agar kunjungan hormat ini dapat menjadi platform dalam memperkukuh hubungan baik antara kedua-dua pihak, di samping membuka lebih banyak ruang dan peluang kerjasama strategik pada masa akan datang. Semoga hubungan yang terjalin dapat terus diperkasakan dalam usaha bersama membudayakan nilai integriti serta memperkukuh amalan tadbir urus yang baik.















