25 November 2026 3:13 pm

PSDM Perkukuh Budaya Integriti dan Governans dalam Pengurusan Fasiliti Sukan Negeri Pahang Menerusi SPINE

Kuantan, 23 November 2026 – Perbadanan Stadium Darul Makmur (PSDM) telah melaksanakan Sesi Semakan dan Konsultasi Lapangan SPINE bersama IIM sebagai usaha memperkukuh integriti dan governans dalam pengurusan kemudahan sukan negeri Pahang. Pelaksanaan ini selaras dengan aspirasi PSDM untuk menyediakan kemudahan stadium yang berkualiti dan perkhidmatan yang cemerlang bagi menyokong pembangunan sukan, aktiviti rekreasi dan kesejahteraan masyarakat.

YBrs. Encik Izad Zainal bin Muhammad Safian, Pengurus PSDM, menegaskan bahawa integriti bukan sekadar pilihan, sebaliknya menjadi kewajipan setiap warga organisasi tanpa mengira peringkat jawatan. Komitmen ini turut diterjemahkan melalui penekanan terhadap prinsip “Jangan Minta, Tolak dan Lapor” sebarang bentuk penyogokan serta pelaksanaan usaha wajar (due diligence) dalam urusan perolehan dan perkhidmatan. Pendekatan ini penting bagi memastikan setiap tanggungjawab dilaksanakan secara telus, beretika dan amanah.

Sesi ini dikendalikan oleh dua pegawai daripada Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan Awam, IIM iaitu Encik Nabil Eiman bin Azman dan Puan Nurul Fadzliyanie binti Mohd Razif. Sepanjang sesi, pasukan IIM melaksanakan semakan dokumen, penelitian bukti serta konsultasi bersama pegawai berkaitan bagi mengesahkan pelaksanaan elemen SPINE, di samping mengenal pasti kekuatan dan ruang penambahbaikan dalam pengurusan integriti dan governans PSDM.

Maklum balas serta cadangan penambahbaikan daripada IIM diharap dapat membantu PSDM memperkukuh pembudayaan integriti dan governans secara berterusan, khususnya dalam meningkatkan keberkesanan pengurusan kemudahan sukan, pematuhan serta penyampaian perkhidmatan yang berkualiti demi kepentingan masyarakat dan pembangunan sukan negeri Pahang.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 325
JUMLAH PELAWAT : 511560

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 25 November 2026

Skip to content