Seminar Pembangunan Integriti Bersama Komuniti (CIB) Selangor

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menghadiri sesi Seminar Pembangunan Integriti Bersama Komuniti (CIB) Selangor pada 30 April 2024 bertempat di Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Selangor.

Seminar ini bertujuan untuk memberi pende dayan dan taklimat kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Negeri Selangor berkenaan kepentingan pelaksanaan program CIB dalam meningkatkan pembudayaan integriti di kalangan komuniti setempat. Sesi ini telah dihadiri oleh wakil-wakil daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Negeri Selangor.

Seminar ini merangkumi 3 sesi utama iaitu Forum Perkongsian Pelaksanaan CIB,”CIB Talk” dan Taklimat CIB daripada pegawai Pusat Pembangunan Integriti Komuniti (PPIK), IIM.

Sesi forum telah dikendalikan oleh YBrs. Dr. Ani binti Ahmad, Yang Dipertua MPAJ sebagai moderator dan disertai oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Mohd Yatim, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Subang Jaya, YBrs. Tuan Mohd Salihin bin Othman, Ahli Lembaga Pengarah IIM dan YBrs. Puan Norfiza binti Mahfiz, Pengarah Komunikasi & Korporat, Majlis Bandaraya Diraja Klang sebagai Ahli-ahli Panel.

Sesi “CIB TALK” bertajuk Pengukuhan Kelestarian & Kesejahteraan Komuniti Berpandukan Kerangka Integriti pula telah disampaikan oleh YB. Dato’ Murshid DiRaja Dr. Juanda Jaya, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti & Ombudsman).

Majlis berakhir dengan Sesi Taklimat CIB oleh Encik Meor Shahram Faiz bin Mieor Shariman, Timbalan Pengarah PPIK, IIM.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 6
JUMLAH PELAWAT : 160505

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 19 Mei 2024

Skip to content