12 November 2025 3:33 am

PROGRAM COMMUNITY INTEGRITY BUILDING (CIB) SARAWAK 2025 DI LANCARKAN SECARA RASMI DI KUCHING

Program Pembangunan Integriti Bersama Komuniti ‘Community Integrity Building’ (CIB) Sarawak 2025 telah dilancarkan secara rasmi hari ini bertempat di Dewan Masyarakat Kuching,menandakan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sarawak dalam memperkukuh budaya integriti dan tadbir urus komuniti di seluruh negeri.


Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Prof.Dr.Sim Kui Hian,Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam,Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (MPHLG).

Turut hadir ialahYB Dato’ Murshid Diraja Dr.Juanda Jaya,Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti & Ombudsman); YBhg.Datuk Ts.Ahmad Ramdzan bin Daud,Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM); serta barisan kepimpinan daripada UNIONS,MPHLG,dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terlibat.


Pelaksanaan CIB Sarawak 2025 merupakan kesinambungan kejayaan program rintis tahun 2022 yang telah membuktikan keberkesanan pendekatan berasaskan komuniti dalam menangani isu-isu integriti di peringkat tempatan.Tahun ini,program diperluas melibatkan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS),Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) dan Majlis Daerah Subis (MD Subis) dengan penglibatan aktif Pasukan Pemantau Komuniti (PPK) di setiap zon.


Program ini dilaksanakan melalui kerjasama strategik antara Institut Integriti Malaysia (IIM) sebagai penasihat utama program,Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS),serta Kementerian Kesihatan Awam,Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Sarawak (MPHLG).
Melalui inisiatif ini,komuniti dan Pasukan Pemantau Komuniti (PPK) berperanan sebagai “mata dan telinga” kepada PBT,membantu mengenal pasti isu lapangan seperti pencahayaan awam,kebersihan,keselamatan dan infrastruktur,sekali gus memperkukuh akauntabiliti serta keberkesanan tindakan pihak berkuasa tempatan.


“CIB bukan sekadar program advokasi,tetapi satu gerakan sosial berasaskan integriti yang memperkukuh kepercayaan rakyat terhadap institusi awam,” – Datuk Ts.Ahmad Ramdzan bin Daud,Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif IIM.


Pelaksanaan CIB Sarawak 2025 dijangka menjadi pemangkin kepada model tadbir urus komuniti berasaskan integriti yang lebih menyeluruh,seterusnya memperkukuh agenda pembangunan sosial dan moral Negeri Sarawak menjelang tahun 2030.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 31
JUMLAH PELAWAT : 380272

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 12 November 2025

Skip to content