Perkukuh Dokumentasi Pelaksanaan CISM Organisasi Anda
Adakah organisasi Tuan/Puan masih dalam proses melengkapkan dokumentasi pembuktian bagi pelaksanaan inisiatif Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM)?
Bagi membantu organisasi meningkatkan kesiapsiagaan dan pematuhan terhadap keperluan Program CISM, Institut Integriti Malaysia (IIM) akan menganjurkan:
Latihan Awam: Klinik Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM) Siri 1

Mengapa Tuan/Puan Perlu Menyertai Klinik Ini?
- Membantu organisasi memahami keperluan dokumentasi dan pembuktian pelaksanaan CISM dengan lebih jelas.
- Meningkatkan kesiapsiagaan organisasi bagi memenuhi keperluan Program CISM.
- Memberi peluang mendapatkan pandangan dankonsultasi secara langsung daripada pihak pengendali program CISM.
- Peserta akan menerima Sijil Kehadiran dan Bahan Edaran .
- HRD Corp Claimable.
Sehubungan itu, pihak kami amat berbesar hati menjemput penyertaan pegawai yang terlibat dalam pelaksanaan inisiatif integriti, tadbir urus, pematuhan dan pengurusan organisasi untuk menyertai program ini.
Pendaftaran Program
Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan berikut:
Borang Pendaftaran Klinik CISM Siri 1
Penyertaan awal adalah amat digalakkan memandangkan tempat adalah terhad.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada Urus Setia CISM iaitu Puan Wan Nabilah (013-220 8221) atau Puan Shafinas Daud (017-599 5891) serta emel ke [email protected].




