13 June 2026 3:01 pm

Kementerian Ekonomi Sahut Pelaksanaan SPINE Perkukuh Integriti dan Tatakelola Kementerian

Kementerian Ekonomi telah menyahut pelaksanaan Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) melalui Sesi Semakan dan Konsultasi Lapangan yang diadakan pada 19 Mei 2026 bersama Institut Integriti Malaysia (IIM). Pelaksanaan ini mencerminkan komitmen kementerian dalam memperkukuh budaya integriti, tadbir urus yang baik serta sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih telus dan berakauntabiliti, selaras dengan visinya sebagai peneraju pembangunan sosioekonomi negara yang inklusif, progresif dan mampan demi kemakmuran serta kesejahteraan rakyat.

Sesi ini memberi ruang kepada IIM untuk menyemak maklumat penilaian kendiri yang telah dikemukakan oleh Kementerian Ekonomi melalui portal SPINE, termasuk meneliti bukti sokongan, mendapatkan penjelasan lanjut serta memberi konsultasi terhadap perkara yang boleh diperkukuhkan. Usaha yang dilaksanakan oleh pihak kementerian ini menunjukkan komitmen berterusan dalam memastikan pelaksanaan integriti dan governans tidak hanya dinilai secara pentadbiran, tetapi diterjemahkan dalam pengurusan organisasi dan penyampaian perkhidmatan secara menyeluruh.

Sudah tentu masih terdapat ruang penambahbaikan yang boleh diperkukuhkan dari semasa ke semasa, dan itulah semangat utama SPINE, iaitu membantu agensi menilai tahap pelaksanaan semasa, mengenal pasti jurang serta melaksanakan penambahbaikan secara berterusan. Pendekatan ini turut menyokong misi Kementerian Ekonomi dalam merancang, melaksana, memantau dan menilai dasar, program serta projek pembangunan secara holistik ke arah keberhasilan matlamat pembangunan sosioekonomi negara. Sesi ini telah dikendalikan oleh Nabil Eiman Azman, Nurul Fadzliyanie Mohd Razif dan Nur Imran Mohd Shaili.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita
KURSUS ETIKA KERJA

25 May 2026

Kursus Etika Kerja telah berjaya dilaksanakan secara dalam talian pada 21 Mei 2026 sebagai salah satu inisiatif Institut Integriti Malaysia...

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 141
JUMLAH PELAWAT : 448277

Pengiktirafan

Hubungi

© 2025 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 13 June 2026

Skip to content