SENARAI TUGAS:
- Melaksanakan rakaman video dan fotografi bagi program, aktiviti dan kempen IIM.
- Menyunting video pendek, Reels, sorotan program, kapsyen visual dan bahan multimedia untuk
platform digital IIM. - Menyediakan storyboard, shot list, sari kata dan versi kandungan mengikut keperluan platform.
- Mengurus fail rakaman, aset digital dan dokumentasi visual secara teratur.
- Membantu dalam persediaan teknikal rakaman serta melaksanakan tugasan liputan program dan
acara rasmi di bawah penyelarasan Pegawai Media.
KEPERLUAN PENDIDIKAN DAN KELAYAKAN AKADEMIK:
Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dalam bidang Komunikasi, Penyiaran, Multimedia,
Produksi Video, Media Digital atau bidang berkaitan.
KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG DIPERLUKAN:
- Mahir mengendalikan kamera, mikrofon dan peralatan pencahayaan.
- Berkebolehan menggunakan perisian penyuntingan video seperti Adobe Premiere Pro, DaVinci
Resolve atau CapCut. - Mempunyai pengetahuan dalam teknik penceritaan visual (visual storytelling) dan penghasilan
kandungan video menegak. - Berkebolehan melaksanakan penyuntingan audio dan penyediaan sari kata.
PENGALAMAN KERJA YANG DIPERLUKAN:
- Mempunyai pengalaman dalam rakaman video, fotografi dan penyuntingan video.
- Mempunyai pengalaman menghasilkan kandungan kreatif untuk platform media sosial.
- Mempunyai pengalaman dalam liputan fotografi dan videografi bagi program atau acara rasmi
merupakan satu kelebihan.
KADAR UPAH BULANAN:
RM 2,300.00
TARAF JAWATAN:
Kontrak satu (1) tahun
JUMLAH KEKOSONGAN:
Satu (1)
PERKARA AM:
- Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.
- Permohonan yang tidak mengikut peraturan, tidak lengkap dan diterima selepas tarikh tutup tidak
akan dipertimbangkan. - Permohonan adalah terbatal sekiranya didapati pemohon memberikan maklumat yang tidak benar.
- Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas dari IIM dalam tempoh enam (6) bulan dari
tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya.
PANDUAN PERMOHONAN:
- Sila sertakan resume atau “curriculum vitae” dan salinan sijil-sijil yang berkaitan.
- Sila hantarkan permohonan ke alamat emel ([email protected]), ATAU dengan memohon melalui
portal MYFutureJobs (https://www.myfuturejobs.gov.my).
TARIKH AKHIR PERMOHONAN:
30 November 2026 (Isnin)





