22 Julai 2024 4:14 am

Perbincangan pelaksanaan program Legasi Integriti Khazanah Alam (LeIKA) bersama Jabatan Perhutanan Negeri Kedah

Institut Integriti Malaysia (IIM) bersama Jabatan Perhutanan Negeri Kedah telah mengadakan perbincangan berkaitan pelaksanaan program Legasi Integriti Khazanah Alam (LeIKA) pada 20 Jun 2024 bertempat di Taman Eko Rimba Sg. Teroi, Kedah.

Sesi ini telah dihadiri oleh YBrs. Muhammad bin Abdullah, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kedah; Timbalan Pengarah Operasi; dan barisan pegawai dari Jabatan Perhutanan Negeri Kedah.

Kerjasama antara IIM dan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah ini bakal mewujudkan medium advokasi baharu yang lebih holistik dan interaktif kearah pembudayaan integriti melalui penghargaan alam dan kepelbagaian diversiti.

IIM juga menawarkan beberapa produk seperti pelaksanaan latihan terhadap agensi penguatkuasaan melalui Modul Integriti Penguatkuasa (MIP), dan Community Integrity Building (CIB) yang cenderung ke arah integriti komuniti setempat seiring dengan hasrat Jabatan Perhutanan Negeri Kedah untuk meningkatkan integriti dalam kalangan penduduk setempat, pelancong dan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.

IIM telah diwakili oleh Encik Fison Hamdi Ahmad, Pengarah Pusat Pembangunan Integriti Insan & Budaya (PPIIB) bersama Encik Khairul Aman, ketua program LeIKA dan Encik Rahim Damanhuri, pelaksana program LeIKA.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 2
JUMLAH PELAWAT : 177122

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 22 Julai 2024

Skip to content