29 November 2026 6:00 am

PEGAWAI MEDIA, BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT GRED 9

SENARAI TUGAS:

  1. Merancang dan menyelaras strategi pengurusan media, publisiti serta liputan program rasmi IIM.
  2. Mengurus hubungan dengan pengamal media, termasuk jemputan liputan, permohonan media dan
    tindakan susulan.
  3. Menyediakan, menyemak dan menyelaras kenyataan media, maklumat media, mesej utama
    (talking points) serta maklum balas media untuk kelulusan.
  4. Memantau liputan media, menyediakan laporan analisis publisiti serta mengurus isu komunikasi
    dan reputasi untuk perhatian pengurusan.
  5. Menyelaras kalendar publisiti mengikut keutamaan dan tugasan liputan, termasuk memberikan
    penerangan kepada personel produksi.

KEPERLUAN PENDIDIKAN DAN KELAYAKAN AKADEMIK:
Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dalam bidang Komunikasi Massa, Perhubungan Awam,
Kewartawanan, Pengurusan Media atau bidang berkaitan.

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG DIPERLUKAN:

  1. Kemahiran dalam pengurusan hubungan media (media relations).
  2. Kemahiran penulisan kenyataan media.
  3. Kemahiran penyelarasan sidang media.
  4. Kemahiran komunikasi krisis.
  5. Kemahiran pemantauan sentimen dan liputan media.
  6. Mempunyai penguasaan Bahasa Melayu yang baik, khususnya dalam penulisan rasmi dan
    penyampaian maklumat.
  7. Berkebolehan berkomunikasi secara profesional dengan pihak berkepentingan.

PENGALAMAN KERJA YANG DIPERLUKAN:

  1. Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya dua (2) tahun dalam bidang pengurusan
    media, perhubungan awam, komunikasi korporat atau bidang berkaitan.
  2. Berpengalaman dalam penyediaan kenyataan media dan bahan publisiti.
  3. Berpengalaman dalam penyelarasan sidang media dan liputan program.
  4. Mempunyai pengalaman dalam pengendalian isu komunikasi dan reputasi organisasi.

GAJI:
RM 2,250.00 – RM 11,110.00 (tidak termasuk elaun/imbuhan)
Tangga gaji bergantung kepada pengalaman dan kelayakan yang berkaitan

TARAF JAWATAN:
Kontrak dua (2) tahun

JUMLAH KEKOSONGAN:
Satu (1)

PERKARA AM:

  1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.
  2. Permohonan yang tidak mengikut peraturan, tidak lengkap dan diterima selepas tarikh tutup tidak
    akan dipertimbangkan.
  3. Permohonan adalah terbatal sekiranya didapati pemohon memberikan maklumat yang tidak benar.
  4. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas dari IIM dalam tempoh enam (6) bulan dari
    tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya.

PANDUAN PERMOHONAN:

  1. Sila sertakan resume atau “curriculum vitae” dan salinan sijil-sijil yang berkaitan.
  2. Sila hantarkan permohonan ke alamat emel ([email protected]), ATAU dengan memohon melalui
    portal MYFutureJobs (https://www.myfuturejobs.gov.my).

TARIKH AKHIR PERMOHONAN:
30 November 2026 (Isnin)

    Newsletter

    Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
    Ikuti sosial media kami

    Berita Terkini

    Media Sosial

    JUMLAH HARI INI : 41
    JUMLAH PELAWAT : 513057

    Diperakui

    Hubungi

    © 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 29 November 2026

    Skip to content