Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan sesi perbincangan bersama YBhg. Profesor Dr. Sarjit Singh Darshan Singh, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 27 Ogos 2025.
Sesi ini bertujuan mendapatkan pandangan strategik serta nasihat akademik daripada YBhg. Profesor Dr. Sarjit Singh Darshan Singh yang telah dilantik sebagai Penasihat Akademik bagi Kajian Keberkesanan Program Community Integrity Building (CIB) yang sedang dilaksanakan oleh IIM.
Delegasi IIM diketuai oleh En. Noranizam bin Nordin, Timbalan Pengarah Pusat Pembangunan Integriti Komuniti (PPIK), bersama-sama dengan En. Muhammad Afiq Zharfan bin Ibrahim, Konsultan PPIK, serta Cik Nor Syazani Syahmi binti Mohd Zaki, Penolong Pegawai Penyelidik PPIK.
IIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Profesor Dr. Sarjit Singh Darshan Singh atas perkongsian pandangan, kepakaran dan nasihat beliau yang amat bernilai. Pandangan tersebut diyakini akan memperkukuh kualiti serta ketelitian kajian ini, seterusnya menyumbang kepada keberhasilan pelaksanaan program CIB secara lebih menyeluruh dan berimpak tinggi.
#InstitutIntegritiMalaysia
#KomitedMembudayakanIntegriti