12 November 2025 4:28 am

Forum Ilmuwan Malaysia Madani Siri 8

Alhamdulillah, Forum Ilmuwan Malaysia Madani Siri 8 telah berlangsung dengan penuh penghormatan pada 30 September 2025 (Selasa) di Auditorium, Institut Integriti Malaysia (IIM).

Forum bertemakan “Integriti dan Kepimpinan Nasional: Iltizam dan Reformasi Holistik dan Sistemik” telah disempurnakan dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia serta turut dihadiri oleh barisan panel-panel terkemuka seperti YB Dato’ Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, YDH Datuk Ts. Ahmad Ramdzan bin Daud dan YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Abdul Rahman Embong.

Kehadiran tokoh-tokoh ini amat bermakna dalam memperkukuh komitmen negara terhadap agenda integriti dan kepimpinan berteras Malaysia MADANI.

Turut hadir memeriahkan forum ini adalah Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN); YBhg. Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi; YBhg. Datuk Ts. Mustapha bin Sakmud, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi; menteri-menteri dan juga Ahli Lembaga Pengarah IIM.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan forum ini. Semoga wacana berimpak tinggi ini menjadi pemangkin kepada tadbir urus negara yang lebih berintegriti, berdaya tahan dan inklusif dalam membina negara Malaysia yang gemilang.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 31
JUMLAH PELAWAT : 380272

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 12 November 2025

Skip to content