18 September 2026 7:12 am

Facebook Feeds

Institut Integriti Malaysia
Institut Integriti Malaysia12 hours ago
Amanah yang dijaga hari ini menjadi asas kepada masa depan yang lebih sejahtera. Setiap dana dan sumber yang dipertanggungjawabkan perlu diurus dengan telus, jujur dan penuh integriti kerana setiap keputusan memberi kesan kepada rakyat serta generasi akan datang. Amanah bukan sekadar tanggungjawab — ia adalah warisan yang menentukan maruah dan masa depan bersama.

#IntegritiDiHati #AmanahDijaga #MasaDepanTerpelihara #NegaraBerintegriti
Institut Integriti Malaysia
Institut Integriti Malaysia16 hours ago
MOF Perkukuh Pengurusan Kewangan Berintegriti Melalui Pelaksanaan SPINE

Putrajaya, 14 September 2026 – Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah melaksanakan Sesi Semakan dan Konsultasi Lapangan SPINE bersama IIM sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh pelaksanaan integriti, governans dan pencegahan rasuah di peringkat kementerian. IIM berbesar hati diberi peluang menilai tahap pelaksanaan tersebut di MOF yang memainkan peranan strategik sebagai pusat rujukan pengurusan kewangan bagi perkhidmatan awam di Malaysia.

Dalam ucapan pembukaan, YBrs. Tuan Kamaruddin bin M Ripin, Ketua Unit Integriti MOF, menegaskan komitmen kementerian dalam memperkukuh integriti dan governans selari dengan peranan strategik MOF dalam pengurusan kewangan negara. Pelaksanaan SPINE juga selaras dengan visi MOF untuk menjadi peneraju pengurusan kewangan berintegriti serta misinya sebagai pusat rujukan pengurusan kewangan berintegriti.

Sesi penilaian dikendalikan oleh tiga orang pegawai dari Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan Awam (PISPA), IIM yang diketuai oleh Encik Nabil Eiman Azman, bersama Encik Abdul Rahman Abdullah dan Puan Fara Hasda Suhaimi. Pasukan penilai turut memberikan konsultasi serta input konstruktif yang disambut baik oleh pihak MOF bagi penambahbaikan dan memperkukuh keberkesanan sistem pengurusan integriti dan governans kementerian.

Dapatan dan syor penambahbaikan daripada sesi SPINE diharapkan dapat menjadi nilai tambah kepada MOF dalam memperkemas kawalan dalaman, dasar, prosedur serta mekanisme pengurusan integriti secara berterusan. Pengukuhan ini bukan sahaja penting di peringkat kementerian, malah dapat menyokong peranan strategik MOF sebagai pusat rujukan pengurusan kewangan perkhidmatan awam, sekali gus memastikan pengurusan kewangan awam terus berteraskan prinsip ketelusan, akauntabiliti, tadbir urus yang baik dan integriti

Shamsul Azri bin Abu Bakar
Jabatan Perdana Menteri
Jabatan Perkhidmatan Awam
Kementerian Komunikasi
Institut Integriti Malaysia
Institut Integriti Malaysia18 hours ago
Amanah dalam mengurus dana bukan sekadar tanggungjawab, tetapi kepercayaan yang perlu dijaga demi kesejahteraan bersama. Setiap bantuan perlu disampaikan secara telus, adil dan bertanggungjawab agar benar-benar sampai kepada mereka yang memerlukan. Apabila amanah dijaga hari ini, manfaatnya menjadi bekal kesejahteraan untuk hari esok.

#IntegritiDiHati #AmanahDijaga #DanaBerintegriti #KesejahteraanBersama

Produk-Produk Baharu IIM

Sistem Pengurusan Integriti Dan Governans (SPINE)

Modul Integriti Keluarga (MIKe)

Notis & Pemakluman

Pelbagai Pilihan Produk

Produk di Institut Integriti Malaysia

Modul Latihan Seksyen 17A Akta SPRM 2009 dan Tatacara Mencukupi

Integrity Assessment Tool (IAT)

Ethics and Integrity Training Programme (E&I)

Modul Kursus Komprehensif Sistem Integriti Koporat Malaysia (CISM)

Pembangunan Integriti Bersama Komuniti

Do The Right Thing (DTRT)

Individual Integrity Profile (IIP)

Pelan Antirasuah Organisasi (OACP)

Modul Integriti Penguatkuasa (MIP)

Kursus Penilaian Risiko Rasuah (CRA)

Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS)

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 39
JUMLAH PELAWAT : 485915

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 18 September 2026

Skip to content