27 Julai 2024 6:02 pm

Kursus Modul Integriti Kepimpinan Masyarakat (MIKM) Tahap 1

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan Kursus Modul Integriti Kepimpinan Masyarakat (MIKM) Tahap 1 pada 17 April 2024 bertempat di Serian, Sarawak. Majlis perasmian kursus telah disempurnakan oleh YB Dr. Simon Sinang @ Sinang anak Bada, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu.

Turut hadir Puan Caroline Cleophas Joseph, Residen Bahagian Serian, dan Tuan Wan Hipni Bin Wan Mohamad, Ketua Seksyen Integriti, Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS) di Jabatan Premier Sarawak.

Kursus MIKM Tahap 1 ini merupakan kesinambungan program rintis siri-siri latihan yang dijalankan khusus untuk Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di Sarawak. Ini merupakan usaha bagi meningkatkan pembudayaan amalan integriti dalam tugas serta tanggungjawab KMKK sebagai pemimpin komuniti di kawasan setempat.

Kursus ini juga adalah sebahagian dari usaha kerjasama strategik antara IIM dan UNIONS bagi meningkatkan keupayaan KMKK sebagai ikon integriti kepada masyarakat setempat dengan menerapkan nilai-nilai murni serta amalan integriti dalam kehidupan seharian.

Peserta KMKK ini terdiri daripada Pemanca, Penghulu dan Ketua Kaum dari Daerah Tebedu. Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Meor Shahram Faiz, Timbalan Pengarah, Pusat Pembangunan Integriti Komuniti (PPIK), IIM.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 44
JUMLAH PELAWAT : 179027

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 27 Julai 2024

Skip to content