Mesyuarat kolaborasi bersama Fakulti Teater, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan satu mesyuarat kolaborasi bersama Fakulti Teater, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) pada 27 Mac 2024.

Hasrat utama mesyuarat ini diadakan untuk menjalinkan kerjasama strategik dengan pihak ASWARA khususnya dalam program-program kesenian dan kebudayaan termasuk untuk mengadakan pertandingan pementasan kepada belia dan masyarakat luar sebagai usaha untuk menerapkan agenda integriti melalui arena seni dan budaya. ASWARA berbesar hati dan menyambut baik hasrat tersebut terutama dalam berkolaborasi bagi penganjuran program bersama pada masa akan datang.

ASWARA diwakili oleh Encik Fasyali Fadzly Saipul Bahri, Dekan Fakulti Teater dan Puan Yusniza Rahman, Ketua Unit Integriti. Manakala, IIM telah diwakili oleh Encik Fison Hamdi Ahmad, Pengarah Pusat Pembangunan Integriti Insan dan Budaya serta Pegawai kanan PPIIB.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 2
JUMLAH PELAWAT : 155915

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 2 Mei 2024

Skip to content