17 September 2025 12:51 am

PORTAL RASMI

INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA

Facebook Feeds

Institut Integriti Malaysia
Institut Integriti Malaysia1 day ago
✨ 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝟮𝟬𝟮𝟱 🇲🇾✨

Hari Malaysia mengingatkan kita tentang erti kebersamaan, perpaduan dan semangat cintakan tanah air. Bersama kita semarakkan nilai integriti, amanah dan tanggungjawab dalam membina negara Malaysia MADANI yang sejahtera.

Ikhlas daripada,
YDH Datuk Ts. Ahmad Ramdzan bin Daud
Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif
serta seluruh warga Institut Integriti Malaysia (IIM).

#InstitutIntegritiMalaysia
#KomitedMembudayakanIntegriti
Institut Integriti Malaysia
Institut Integriti Malaysia1 day ago
Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Malaysian Industry Government Group for High Technology (MIGHT) dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak dan Unit Integriti & Ombudsman Sarawak (UNION) telah megadakan sesi perbincangan kumpulan fokus (Focus Group Discussion) bagi tujuan mendapatkan input-input untuk digunakan dalam kajian pembangunan Strategi Pembudayaan Integriti Nasional (NIES).

Selain daripada mendapatkan input-input tambahan di peringkat negeri Sarawak matlamat utama sesi ini adalah untuk merumuskan cadangan strategi pembudayaan integriti yang bersifat unik dan kontekstual dengan kepelbagaian etnik serta budaya di Sarawak.

Sebanyak 45 agensi kerajaan (bawah persekutuan dan kerajaan negeri), agensi swasta serta wakil-wakil masyarakat telah hadir ke sesi FGD ini. Antara agensi yang telah hadir menyertai FGD ini ialah UNION, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Jabatan Alam Sekitar,Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Kepimpinan Ketua Masyarakat dan Ketua Kampung (KMKK), Unit Hal Ehwal Agama-agama Lain (UNIFOR), dan SeDidik Sarawak. Ini mencerminkan komitmen dan sokongan kerajaan negeri Sarawak ke arah usaha pembangunan sebuah strategi integriti nasional yang inklusif dan berpaksikan realiti masyarakat Malaysia.

Institut Integriti Malaysia (IIM) diwakili oleh Puan Norasikin Baharudin, Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Dr. Rashidah Kamarulzaman Timbalan Pengarah Bahagian Penyelidikan. Manakala MIGHT diwakili oleh Puan Sri Widias Tuti Asnam Rajo Intan dan Puan Safiyyah Mohd Salleh.

#InstitutIntegritiMalaysia
#KomitedMembudayakanIntegriti
Institut Integriti Malaysia
Institut Integriti Malaysia1 day ago
Institut Integriti Malaysia (IIM) telah selesai melaksanakan Kursus Modul Integriti Penguat kuasa (MIP) bagi Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) pada 9 September 2025. Kursus ini telah dihadiri seramai 30 pegawai penguat kuasa MPJ.

Objektif Kursus MIP ini adalah untuk memperkukuh pengetahuan dan komitmen pegawai penguat kuasa MPJ terhadap amalan integriti, mencegah salah laku serta memastikan tugas dilaksanakan secara profesional, beretika dan berlandaskan undang-undang, di samping memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap institusi penguatkuasaan

Kursus yang berlangsung 1 hari ini telah disampaikan oleh Puan Munah Abdul Aziz dan Encik Nur Imran Mohd Shaili, Konsultan Pusat Integriti Sektor Awam, IIM.

#InstitutIntegritiMalaysia
#KomitedMembudayakanIntegriti

Notis & Pemakluman

Pelbagai Pilihan Produk

Produk di Institut Integriti Malaysia

Modul Latihan Seksyen 17A Akta SPRM 2009 dan Tatacara Mencukupi

Integrity Assessment Tool (IAT)

Ethics and Integrity Training Programme (E&I)

Modul Kursus Komprehensif Sistem Integriti Koporat Malaysia (CISM)

Pembangunan Integriti Bersama Komuniti

Do The Right Thing (DTRT)

Individual Integrity Profile (IIP)

Pelan Antirasuah Organisasi (OACP)

Modul Integriti Penguatkuasa (MIP)

Kursus Penilaian Risiko Rasuah (CRA)

Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS)

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 1
JUMLAH PELAWAT : 348224

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 17 September 2025

Skip to content