Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (KPM), YBhg. Dato’ Wan Hashim Bin Wan Rahim pada 31 Julai 2026.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan kerjasama strategik dalam memperkukuh pembudayaan integriti pendidikan terutamanya dari peringkat pendidikan awal kanak-kanak. Perbincangan bertumpu kepada Modul Integriti Kanak-kanak (MIKa) yang dibangunkan oleh IIM, potensi kerjasama MIKa sebagai bahan bantu mengajar dan platform didik TV sebagai medium pembelajaran. Turut diperkenalkan adalah Strategi Pembudayaan Integriti Nasional (NIES) yang merupakan kesinambungan kepada Pelan Integriti Nasional (PIN).
Delegasi dari IIM turut disambut oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah), YBhg. Dato’ Zainal Bin Abas serta pegawai-pegawai dari Bahagian Pembangunan Kurikulum diketuai oleh Puan Hajah Nooraine binti Kamaruddin. Delegasi dari IIM turut disertai oleh Ketua Pegawai Sektor Strategi, Puan Eizan Azura binti Zainudin dan Encik Fison Hamdi bin Ahmad, Pengarah Pusat Integriti Insan dan Budaya (PPIIB).
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia atas kesudian menerima kunjungan hormat ini. Semoga jalinan kolaboratif strategik yang dirangka ini mampu memberikan impak positif yang signifikan demi membina ekosistem masyarakat yang berintegriti tinggi.









