23 August 2026 1:00 am

Facebook Feeds

Institut Integriti Malaysia
Institut Integriti Malaysia13 hours ago
Bengkel Penilaian Risiko Rasuah (CRA) & Analisa Data Bagi Pembangunan Pelan Antirasuah Selangor Technical Skills Development Centre (STDC)

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah selesai melaksanakan Bengkel Penilaian Risiko Rasuah (CRA) dan Analisa Data bagi Pembangunan Pelan Antirasuah Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) Tahun 2027–2031 pada 12 hingga 13 Ogos 2026. Bengkel yang diadakan di Ibu Pejabat STDC, Kuala Selangor ini telah dihadiri oleh seramai 30 orang ahli Jawatankuasa Pembangunan Pelan Antirasuah STDC.

Bengkel ini dilaksanakan bertujuan untuk membangunkan Pelan Antirasuah STDC yang akan menjadi panduan strategik dalam memperkukuh budaya integriti, tadbir urus yang baik serta usaha pencegahan rasuah di STDC. Sepanjang bengkel ini, peserta telah melaksanakan proses mengenal pasti risiko rasuah, integriti dan tadbir urus serta melaksanakan analisis terhadap risiko-risiko yang telah dikenal pasti.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh Puan Munah Abdul Aziz dan Encik Muhammad Rasyid Mohammad Rohim, Konsultan Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan Awam, IIM.

Shamsul Azri bin Abu Bakar
Jabatan Perdana Menteri
Jabatan Perkhidmatan Awam
Kementerian Komunikasi
Institut Integriti Malaysia
Institut Integriti Malaysia13 hours ago
Kursus Pemantapan Integriti Unit Digitalisasi Perkhidmatan Awam (SCSDU) Tahun 2026

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah selesai melaksanakan Kursus Pemantapan Integriti bagi Unit Digitalisasi Perkhidmatan Awam (SCSDU), Jabatan Premier Sarawak pada 17 Ogos 2026. Kursus yang berlangsung secara hibrid ini telah dihadiri seramai 68 orang warga kerja SCSDU dari ibu pejabat dan seluruh cawangan Sarawak.

Kursus ini adalah untuk meningkatkan kesedaran, kefahaman dan amalan nilai-nilai murni serta tata kelola (good governance) dalam sesebuah organisasi. Di samping itu, ia juga memberi pendedahan mendalam dan komprehensif kepada semua kakitangan mengenai integriti digital, pengurusan etika data serta implikasi salah laku (cyber misconduct) dalam lanskap teknologi masa kini.

Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Rais Ramli dan Puan Munah Abdul Aziz, Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan Awam, IIM.

Shamsul Azri bin Abu Bakar
Jabatan Perdana Menteri
Jabatan Perkhidmatan Awam
Kementerian Komunikasi
Institut Integriti Malaysia
Institut Integriti Malaysia13 hours ago
𝗨𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴-𝗨𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗛𝗮𝗿𝘂𝘀 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗲𝗻𝗮𝗹 𝗦𝘁𝗮𝘁𝘂𝘀: 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗗𝗲𝗴𝗶𝗹, 𝗡𝘆𝗮𝘄𝗮 𝗢𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗝𝗮𝗱𝗶 𝗧𝗮𝗿𝘂𝗵𝗮𝗻!

Undang-undang bukan sekadar perhiasan terma, melainkan perisai utama yang memelihara keadilan dan ketenteraman sejagat. Tiada siapa berdiri di atas hukum—sama ada anda seorang pemimpin berpangkat tinggi, golongan VIP, rakyat marhaen, mahupun warga asing. Status, kekayaan, dan pengaruh tidak memberikan sebarang kekebalan undang-undang atau lesen khas untuk bermaharajalela sesuka hati. Apabila perundangan mula dipandang remeh dan dicabar tanpa rasa gentar, asas ketatanegaraan serta keharmonian masyarakat akan runtuh.

Sikap pentingkan diri dan keangkuhan dengan membelakangkan undang-undang hanya akan membawa padah kepada nyawa dan ketenteraman orang yang tidak berdosa. Setiap kedegilan dan pelanggaran yang dilakukan senantiasa mencetuskan implikasi buruk yang menuntut harga mahal daripada masyarakat sekeliling. Patuhilah undang-undang tanpa sebarang alasan; jangan biarkan kealpaan serta sifat ego anda menjadi punca penderitaan kepada mereka yang tidak bersalah.

#TiadaSiapaKebalUndangUndang #IntegritiDiHati #PatuhiUndangUndang #PadahSikapPentingkanDiri

Produk-Produk Baharu IIM

Sistem Pengurusan Integriti Dan Governans (SPINE)

Modul Integriti Keluarga (MIKe)

Notis & Pemakluman

Pelbagai Pilihan Produk

Produk di Institut Integriti Malaysia

Modul Latihan Seksyen 17A Akta SPRM 2009 dan Tatacara Mencukupi

Integrity Assessment Tool (IAT)

Ethics and Integrity Training Programme (E&I)

Modul Kursus Komprehensif Sistem Integriti Koporat Malaysia (CISM)

Pembangunan Integriti Bersama Komuniti

Do The Right Thing (DTRT)

Individual Integrity Profile (IIP)

Pelan Antirasuah Organisasi (OACP)

Modul Integriti Penguatkuasa (MIP)

Kursus Penilaian Risiko Rasuah (CRA)

Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS)

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 9
JUMLAH PELAWAT : 478341

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 23 August 2026

Skip to content