YDH Datuk Ts. Ahmad Ramdzan Daud, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah membuat pembentangan Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) dalam Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) yang dipengerusikan oleh Ybhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara.
Dalam mesyuarat tersebut, IIM telah mengesyorkan agar Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) diwajibkan pelaksanaannya dalam sektor awam dan dijadikan inisiatif strategik nasional yang diterajui oleh IIM.
SPINE yang dibangunkan oleh IIM adalah merupakan satu sistem berkonsepkan semakan kendiri (self-assessment) yang menilai “tahap kesihatan organisasi” dalam aspek integriti, tadbir urus dan antirasuah. Objektif SPINE adalah sebagai satu instrument ‘Integrity Health Check’ bagi menilai tahap pengurusan integriti dan governans/ tatakelola organisasi. Kedua SPINE akan membolehkan organisasi untuk mengenalpasti jurang (gap) bagi tujuan penambahbaikan amalan integriti dan governans/ tatakelola dalam organisasi dan seterusnya sebagai instrumen pengiktirafan kepada organisasi yang melaksanakan inisiatif pembudayaan integriti secara berterusan.
IIM akan terus menjalankan beberapa sesi libat urus dengan pelbagai agensi Persekutuan, Negeri dan agensi supaya pemahaman dan penerimaan terhadap SPINE berjaya dimaksimumkan dan mencapai hasrat pelaksanaannya.





