7 July 2026 5:04 am

Facebook Feeds

Institut Integriti Malaysia
Institut Integriti Malaysia10 hours ago
Sesi Penilaian dan Konsultasi Lapangan Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Sesi Penilaian dan Konsultasi Lapangan Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) telah diadakan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 6 Julai 2026 bertempat di Bilik Mesyaurat Raflesia, Aras 8 JPA. Sesi penilaian ini dilaksanakan bagi menilai tahap pelaksanaan inisiatif integriti, governans dan antirasuah di jabatan ini.

Sesi penilaian dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Encik Mohd. Fairuz Azizi bin Abdullah, Ketua Unit Integriti JPA, yang mengalu-alukan kehadiran pasukan penilai serta menzahirkan komitmen JPA dalam memperkukuh budaya integriti, tadbir urus yang baik dan penyampaian perkhidmatan awam yang berintegriti.

Sesi penilaian turut dihadiri oleh Encik Aiman Na’im bin Muhammad Razif, Pegawai Unit Integriti JPA, bersama barisan pegawai daripada pelbagai bahagian di JPA. Kehadiran wakil-wakil bahagian ini telah membolehkan sesi soal jawab dan pembentangan dilaksanakan dengan lancar, selain memberikan penjelasan yang komprehensif berkaitan pelaksanaan 7 elemen SPINE mengikut fungsi dan tanggungjawab masing-masing. Kerjasama yang diberikan oleh pihak JPA telah memudahkan proses penilaian serta membolehkan maklumat yang diperlukan diperoleh dengan lebih jelas dan teratur.

Selain itu, pasukan penilai turut mengadakan lawatan ke ruang kerja Unit Integriti bagi meninjau kemudahan dan pelaksanaan fungsi unit tersebut. Lawatan ini merangkumi Unit Psikologi dan Kaunseling serta Bilik Terapi yang disediakan bagi menyokong kesejahteraan psikologi dan emosi warga JPA.

Sesi penilaian ini telah diketuai oleh Encik Meor Shahram Faiz bin Mieor Shariman, Timbalan Pengarah dengan dibantu oleh Puan Nurul Fadzliyanie binti Mohd Razif dan Puan Fara Hasda binti Suhaimi, Konsultan Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan Awam (PISPA)

Shamsul Azri bin Abu Bakar
Jabatan Perdana Menteri
Jabatan Perkhidmatan Awam
Kementerian Komunikasi
Institut Integriti Malaysia
Institut Integriti Malaysia15 hours ago
Kunjungan Hormat Arkib Negara Malaysia ke Institut Integriti Malaysia (IIM)

6 Julai 2026, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima kunjungan hormat daripada Encik Zaidin bin Mohd Noor, wakil Arkib Negara Malaysia, yang telah diadakan di Bilik Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIM, Aras 1, Institut Integriti Malaysia, Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan strategik antara Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Arkib Negara Malaysia melalui sesi perbincangan serta pertukaran pandangan mengenai potensi kerjasama yang boleh dijalinkan antara kedua-dua organisasi. Pertemuan ini turut menjadi platform untuk meneroka peluang kolaborasi dalam pelbagai inisiatif yang dapat menyokong usaha memperkasakan penyampaian perkhidmatan, perkongsian ilmu serta amalan terbaik selaras dengan aspirasi kedua-dua organisasi.

Sesi kunjungan hormat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim ,Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIM serta turut dihadiri oleh barisan pengurusan IIM iaitu Puan Eizan Azura binti Zainudin , Ketua Pegawai Sektor Strategi; Puan Norsheeda binti Din , Pengarah Penerbitan dan Pengurusan Ilmu dan Encik Zubayry Abady Sofian ,Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat.

Semoga sesi pertemuan ini dapat menjadi pemangkin kepada hubungan kerjasama yang lebih erat antara Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Arkib Negara Malaysia, seterusnya menyokong pelaksanaan pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada kedua-dua organisasi pada masa hadapan.

#institutintegritimalaysia
#buatbaikbinanegara

Shamsul Azri bin Abu Bakar
Jabatan Perdana Menteri
Jabatan Perkhidmatan Awam
Kementerian Komunikasi

Arkib Negara Malaysia
Institut Integriti Malaysia
Institut Integriti Malaysia15 hours ago
“BIMBANG IMPLIKASI FAKTOR RAMAI MEMILIH TIDAK LAPOR ISU INTEGRITI”

Ikuti kupasan menarik dari YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIM menerusi keratan akhbar terbaharu mengupas isu budaya berdiam diri yang akan membiarkan salah laku terus berakar umbi.

Jangan pilih untuk diam. Suarakan demi integriti negara!

[Berita Harian, m/s 14]

#IntegritiDiHati

Produk-Produk Baharu IIM

Sistem Pengurusan Integriti Dan Governans (SPINE)

Modul Integriti Keluarga (MIKe)

Notis & Pemakluman

Pelbagai Pilihan Produk

Produk di Institut Integriti Malaysia

Modul Latihan Seksyen 17A Akta SPRM 2009 dan Tatacara Mencukupi

Integrity Assessment Tool (IAT)

Ethics and Integrity Training Programme (E&I)

Modul Kursus Komprehensif Sistem Integriti Koporat Malaysia (CISM)

Pembangunan Integriti Bersama Komuniti

Do The Right Thing (DTRT)

Individual Integrity Profile (IIP)

Pelan Antirasuah Organisasi (OACP)

Modul Integriti Penguatkuasa (MIP)

Kursus Penilaian Risiko Rasuah (CRA)

Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS)

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 30
JUMLAH PELAWAT : 458580

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 7 July 2026

Skip to content