12 May 2026 8:33 pm

SESI PERBINCANGAN MEJA BULAT BAGI MODUL INTEGRITI KEPIMPINAN MASYARAKAT (MIKM)

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan Sesi Perbincangan Meja Bulat bagi Modul Integriti Kepimpinan Masyarakat (MIKM) pada 11 Mei 2026 bertempat di Dewan Murni, IIM. Sesi ini telah diadakan bersama wakil-wakil agensi serta pihak-pihak berkepentingan yang mempunyai peranan dan hubungan rapat dengan komuniti.

Sesi tersebut telah dihadiri oleh wakil-wakil daripada agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat secara langsung dalam pembangunan, pemerkasaan dan pengurusan komuniti. Tujuan utama penganjuran sesi ini adalah untuk mendapatkan pandangan, cadangan, idea serta maklum balas berhubung cabaran dan isu semasa yang dihadapi dalam kepimpinan komuniti, di samping membincangkan hala tuju dan pendekatan yang boleh diperkasakan bagi meningkatkan pembudayaan integriti serta amalan tadbir urus yang baik menerusi pembangunan modul ini.

Melalui sesi perbincangan ini, pelbagai cadangan dan input yang konstruktif telah berjaya diperoleh sebagai usaha memperkukuh elemen integriti dan tadbir urus, khususnya dalam aspek pentadbiran dan pengurusan kepimpinan komuniti. Selain itu, sesi ini turut menjadi platform penting dalam merangka pendekatan yang lebih berkesan bagi memberikan pendedahan dan pendidikan berterusan berkaitan integriti kepada pelbagai lapisan dalam pembangunan kepimpinan komuniti.

Sesi perbincangan meja bulat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Sektor Operasi, Harisham bin Ibrahim, bersama Pengarah Pusat Pembangunan Integriti Komuniti, Zarina binti Mohamad Amin, serta turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan IIM yang lain.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 562
JUMLAH PELAWAT : 438536

Pengiktirafan

Hubungi

© 2025 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 12 May 2026

Skip to content