IIM telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Amanah Raya Berhad (Amanah Raya) yang diketuai oleh YBrs. Encik Rozaidie bin Mustaffa, Ketua Pegawai Kumpulan Pematuhan dan Integriti.
Kunjungan ini bertujuan untuk mengadakan sesi suai kenal antara pihak IIM dan Jabatan Pematuhan, Integriti dan Tadbir Urus Kumpulan Amanah Raya Berhad
Antara lain, sesi ini turut menjadi platform perbincangan strategik mengenai peluang kerjasama antara IIM dengan Amanah Raya Berhad serta pengukuhan nilai integriti dalam tadbir urus korporat antara kedua-dua organisasi. Sesi kunjungan ini dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif dan turut dihadiri oleh YBrs. Encik Harisham bin Ibrahim, Ketua Pegawai Sektor Operasi dan Encik Zubayry Abady bin Sofian, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat.
Semoga pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada sinergi yang lebih mampan dan terus kekal komited membudayakan integriti.
















