11 May 2026 3:52 pm

Taklimat Penilaian Kendiri SPINE Perkukuh Kesediaan DVS

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah dijemput melaksanakan Taklimat Penilaian Kendiri Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) di Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) pada 5 Mei 2026. Sesi ini melibatkan kehadiran Pengarah-Pengarah Bahagian, Pengarah-Pengarah Negeri, Ketua-Ketua Unit serta wakil DVS sama ada secara fizikal mahupun dalam talian. Pelaksanaan taklimat ini menjadi langkah penting bagi memastikan DVS memahami kehendak, parameter dan kaedah pengisian Penilaian Kendiri SPINE berdasarkan amalan serta keadaan sebenar jabatan.

Sesi ini memberi tumpuan kepada penerangan berhubung pelaksanaan SPINE sebagai mekanisme penilaian tahap integriti dan governans agensi sektor awam. Melalui taklimat ini, peserta diberi kefahaman mengenai proses Penilaian Kendiri SPINE, keperluan maklumat yang perlu disediakan serta hubung kait penilaian tersebut dengan semakan lapangan yang akan menentukan tahap kesihatan integriti organisasi. DVS juga telah membuat pendaftaran SPINE melalui Unit Integriti pada 16 Mac 2026 dan seterusnya perlu melaksanakan Penilaian Kendiri secara komprehensif dengan penglibatan semua wakil Bahagian, DVS Negeri dan Unit.

Secara keseluruhannya, taklimat ini memperkukuh kesiapsiagaan DVS dalam melaksanakan Penilaian Kendiri SPINE dengan lebih tersusun sebelum melalui proses semakan lapangan. DVS turut menyatakan komitmen untuk mencapai penarafan “Unggul” iaitu skor 90 hingga 100 peratus, di samping bersedia merangka tindakan penambahbaikan sekiranya sasaran tersebut belum dicapai pada peringkat awal. Sesi ini telah dikendalikan oleh Encik Meor Shahram Faiz , Puan Nurul Fadzliyanie dan Encik Nabil Eiman dari Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan Awam (PISPA), IIM.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 345
JUMLAH PELAWAT : 437851

Pengiktirafan

Hubungi

© 2025 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 11 May 2026

Skip to content