13 April 2024 1:54 pm

Mesyuarat Penyelarasan Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM)

Satu Mesyuarat Penyelarasan Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM) antara IIM dan Unit Integriti MINDEF telah berlangsung pada 4 Mac 2024 bertempat di Wisma Pertahanan, MINDEF. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Zainuddin bin Hussin, Ketua Unit Integriti MINDEF.

Tujuan mesyuarat ini diadakan bagi membuat persiapan untuk taklimat kepada semua kontraktor yang berurusan dengan Kementerian Pertahanan mengenai pelaksanaan CISM pada 19 Mac dan 26 Mac 2024, dan juga merangka strategi keberhasilan pelaksanaan CISM di peringkat MINDEF. IIM diwakili oleh Encik Mohd Rais bin Ramli, Pengarah, Puan Wan Nooraine binti Husin, Timbalan Pengarah dan Puan Nor Azni binti Ahmad Husairi, Konsultan Kanan PISP, IIM.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 27
JUMLAH PELAWAT : 148579

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 13 April 2024

Skip to content