27 Julai 2024 11:14 pm

Mesyuarat Meja Bulat Integriti Korporat (RTD) Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM)

Mesyuarat Meja Bulat Integriti Korporat (RTD) Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM) yang pertama bagi tahun 2024 telah diadakan di Hotel Pulse Grande, Putrajaya pada 14 Februari 2024.

Mesyuarat RTD CISM telah dipengerusikan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM), YBhg. Datuk Nor Yahati binti Awang yang juga merangkap Pengerusi RTD CISM.

Mesyuarat ini dihadiri oleh wakil-wakil daripada agensi ahli RTD CISM iaitu Transparency International Malaysia (TI-M), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Bursa Malaysia Berhad (BURSA), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Bahagian Pelaburan Syarikat Malaysia (MKD).

Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat ini ialah penganjuran National Convention of Corporate Integrity System (NCCIS) pada November 2024 bersempena dengan sambutan Bulan Integriti Nasional. Di samping itu, perkembangan status penyertaan program CISM menerusi portal CISM turut dibentangkan untuk pemakluman kepada semua ahli mesyuarat.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 57
JUMLAH PELAWAT : 179040

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 27 Julai 2024

Skip to content