27 Julai 2024 7:03 pm

Mesyuarat kolaborasi bersama Fakulti Teater, Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan mesyuarat kolaborasi bersama Fakulti Teater, Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) pada 16 Mei 2024, bagi pelaksanaan projek kerjasama Pementasan Teater Integriti.

Pihak ASWARA, yang diwakili oleh En Fasyali Fadzly Saipul Bahri, Dekan Fakulti Teater dan Puan Sharifah Hanura Ezwa Syed Akbar, Pensyarah Kanan Fakulti Teater bersedia untuk bersama-sama menjayakan pementasan yang bertemakan ‘Integriti’ bersempena Sambutan Hari Integriti Nasional pada November nanti.

Pementasan ini merupakan platform advokasi baharu dalam usaha memperkasa agenda integriti dan membentuk nilai-nilai murni secara interaktif dan bersifat lebih santai kepada semua lapisan masyarakat.

IIM telah diwakili oleh Encik Fison Hamdi Ahmad, Pengarah Pusat Pembangunan Integriti Insan dan Budaya (PPIIB) bersama dengan Pegawai Kanan PPIIB, dan juga Encik Zubayry Abady Sofian, Pengarah Pusat Integriti Sektor Awam (PISA) untuk berkongsi berkaitan produk dan perkhidmatan IIM yang bersesuaian dengan landskap tadbir urus di ASWARA.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 50
JUMLAH PELAWAT : 179033

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 27 Julai 2024

Skip to content