27 Julai 2024 6:06 pm

Majlis Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2023

Majlis Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2023 anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM) yang berlangsung malam ini telah dirasmikan oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II mewakili YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri.

Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara; YBhg. Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; YBhg. Datuk Awang Alik Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM); dan YBhg. Datuk Nor Yahati Awang, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM).

IIM telah menerima sebanyak 154 penyertaan terdiri daripada 95 agensi awam dan 59 swasta dari organisasi di seluruh negara. Dari jumlah ini, hanya sebanyak 92 organisasi terpilih untuk menerima Anugerah AIGA 2023 yang merangkumi 46 Anugerah Emas, 33 Anugerah Perak dan 48 Anugerah Gangsa.

Sime Darby Plantation telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Platinum AIGA 2023 menerusi inisiatif program Hari Integriti di 27 lokasi merangkumi seluruh cawangan serata dunia. Antara lain, organisasi ini juga mempunyai Channel Whistleblowing yang dipanggil “Suara Kami” tersedia dalam 7 bahasa serta mempunyai Whistleblowing Dashboard and Reporting system yang komprehensif.

Pada AIGA kali ini, IIM dengan kerjasama Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) telah mengadakan Anugerah Khas: Organisasi Pengamal Keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) Berintegriti Terbaik bagi mengiktiraf organisasi yang menzahirkan elemen pembudayaan integriti serta mempratikkan dalam kawalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam organisasi.

IIM turut memberikan Penghargaan Khas Integriti kepada Kerajaan Sarawak sebagai tanda pengiktirafan atas komitmen membudayakan integriti secara menyeluruh dan berterusan melibatkan sektor awam, kepimpinan masyarakat serta komuniti.

AIGA 2023 ini membuktikan ianya signifikan dalam perjalanan negara ke arah kecemerlangan dalam integriti dan tadbir urus selari dengan konsep Malaysia Madani.

Layari laman web IIM di www.iim.gov.my untuk makluman lanjut.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 44
JUMLAH PELAWAT : 179027

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 27 Julai 2024

Skip to content