Kunjungan hormat Tech Food Ingredients Sdn Bhd

IIM telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan R.Narendranath, Ketua Pegawai Eksekutif, Tech Food Ingredients Sdn Bhd pada 5 Jun 2024. Delegasi tersebut turut disertai oleh En. Raymond A.E de Graaf (Managing Director Malaysia, Newcold).

Dalam sesi perbincangan, Tuan R. Narendranath telah berkongsi pelaksanaan integriti dan antirasuah yang diamal serta disemai dalam kalangan warga kerja dan juga rakan niaga. Selain itu, beliau turut berkongsi pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam komuniti setempat serta cadangan kerjasama antara kedua belah pihak.

Sesi kunjungan dan perbincangan ini dipengerusikan oleh En. Izal Arif bin Zahrudin, Ketua Pegawai Operasi dan turut disertai oleh Pengarah-Pengarah Pusat dan pegawai kanan Bahagian Operasi IIM.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 36
JUMLAH PELAWAT : 166981

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 15 Jun 2024

Skip to content