Kunjungan hormat dan Lawatan Kerja ke Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)

YBhg. Datuk Nor Yahati binti Awang, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIM telah mengadakan Kunjungan Hormat dan Lawatan Kerja ke atas YBhg. Dato’ Azmir Saifuddin bin Mutalib, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) pada 9 Februari 2024.

Selain mengeratkan hubungan kerjasama dan persefahaman antara kedua-dua pihak, kunjungan hormat ini membincangkan aktiviti-aktiviti bersama yang boleh memperkasa agenda integriti dan tatakelola baik di setiap lapisan masyarakat melalui kerjasama penerbitan naskah kreatif integriti melalui Dokumentari, Animasi, Docudrama dan _Public Service Announcement_ (PSA).

Selain itu, IIM dan FINAS secara prinsip bersetuju bagi menjalinkan beberapa kerjasama terutama dalam Sambutan Bulan Integriti Nasional 2024 serta menjalankan latihan dan Pendidikan masyarakat berteraskan seni dan budaya.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 506
JUMLAH PELAWAT : 169726

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 25 Jun 2024

Skip to content