15 November 2024 8:50 am

Kunjungan hormat dan lawatan kerja ke atas YB Datuk Bandar Johor Bahru, Dato’ Haji Mohd Noorazam bin Dato Haji Osman

YBrs. Tuan Haji Rahman Mohd Din, Ketua Pegawai Eksekutif IIM telah mengadakan kunjungan hormat dan lawatan kerja ke atas YB Datuk Bandar Johor Bahru, Dato’ Haji Mohd Noorazam bin Dato Haji Osman pada 16 Julai 2024 bertempat di Menara MBJB, Johor.

IIM juga telah membentangkan beberapa cadangan kepada MBJB seperti program-program pembangunan integriti komuniti dan pemantapan integriti melalui produk-produk IIM. Kedua-dua pihak juga membincangkan usahasama dalam memperkasakan integriti dan tata kelola di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terutamanya di peringkat MBJB.

Kunjungan hormat dan lawatan kerja ke MBJB tersebut turut disertai oleh Encik Izal Arif bin Zahrudin, Ketua Pegawai Operasi; Encik Zubayry Abady bin Sofian, Pengarah Pusat Integriti Sektor Awam; Puan Zarina binti Mohamad Amin, Pengarah Pusat Pembangunan Integriti Komuniti dan Encik Meor Shahram Faiz Mieor Shariman, Timbalan Pengarah Pusat Pembangunan Integriti Komuniti.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 115
JUMLAH PELAWAT : 220319

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 15 November 2024

Skip to content