27 Julai 2024 1:38 pm

Interaksi Integriti Siri 1 “Selamatkan Diri Daripada Seksyen 17A Akta SPRM 2009”

Pada 8 Mac 2024 telah berlangsung sesi Interaksi Integriti Siri 1 bertajuk “Selamatkan Diri Daripada Seksyen 17A Akta SPRM 2009” secara maya. Sesi ini disampaikan oleh En. Mohd Rais Ramli, Pengarah Pusat Integriti Sektor Perniagaan (PISP) IIM.

Objektif sesi Interaksi Integriti Siri 1 ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan ringkas berkaitan Seksyen 17A Akta SPRM 2009, langkah pembelaan organisasi terhadap Seksyen 17A Akta SPRM 2009; dan pengenalan inisiatif Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM).

Sesi ini dihadiri seramai 384 orang peserta dengan pecahan 91 orang secara individu dan 293 orang secara berkumpulan daripada Pengkalan Udara TUDM Butterworth. Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang hadir pada sesi tersebut dan sesi Interaksi Integriti Siri 2 dijangka diadakan pada bulan April 2024.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 34
JUMLAH PELAWAT : 179017

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 27 Julai 2024

Skip to content