27 Julai 2024 10:36 pm

Ceramah bagi Leadership Course for Junior Officers bertajuk “Etika dan Integriti”

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menyampaikan Ceramah bagi Leadership Course for Junior Officers bertajuk “Etika dan Integriti” anjuran Institute of Diplomacy and Foreign Relations pada 16 Mei 2024 bertempat di Ibu Pejabat IDFR.

Sesi ceramah ini telah dihadiri daripada kalangan Pegawai Tadbir Diplomatik, Pegawai Tadbir, Pegawai Undang-Undang dan lain-lain kumpulan pengurusan & profesional yang terdiri dari Gred 41-48.

Ceramah ini juga turut disertai oleh Ybhg Dato’ Agus Salim Yusof, Pengarah Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi (LNPD) IDFR.

Objektif ceramah ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran peserta kursus tentang konsep dan adaptasi integriti dan etika khususnya dalam menentukan sesuatu keputusan semasa menjalankan tugas.

Ceramah ini telah disampaikan oleh Puan Shafinas Daud, Konsultan Pusat Integriti Sektor Awam, IIM.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 56
JUMLAH PELAWAT : 179039

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 27 Julai 2024

Skip to content