Institut Integriti Malaysia (IIM) telah selesai melaksanakan Kursus Pemantapan Integriti bagi Unit Digitalisasi Perkhidmatan Awam (SCSDU), Jabatan Premier Sarawak pada 17 Ogos 2026. Kursus yang berlangsung secara hibrid ini telah dihadiri seramai 68 orang warga kerja SCSDU dari ibu pejabat dan seluruh cawangan Sarawak.
Kursus ini adalah untuk meningkatkan kesedaran, kefahaman dan amalan nilai-nilai murni serta tata kelola (good governance) dalam sesebuah organisasi. Di samping itu, ia juga memberi pendedahan mendalam dan komprehensif kepada semua kakitangan mengenai integriti digital, pengurusan etika data serta implikasi salah laku (cyber misconduct) dalam lanskap teknologi masa kini.
Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Rais Ramli dan Puan Munah Abdul Aziz, Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan Awam, IIM.










