23 Oktober 2024 1:35 pm

Bengkel Semakan, Pelaksanaan dan Pemantauan Corruption Risk Assessment (CRM)

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah selesai melaksanakan Bengkel Semakan, Pelaksanaan dan Pemantauan Corruption Risk Assessment (CRM) bagi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Melaka pada 5 hingga 6 Mac 2024 bertempat di Bilik Tun Sri Lanang, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Melaka.

Bengkel ini bertujuan untuk memberi pemahaman yang jelas mengenai pelaksanaan dan pemantauan Corruption Risk Assessment (CRM) dalam penyediaan Pelan Pengurusan Risiko Rasuah yang lebih sistematik. Selain dari itu, ia juga untuk mewujudkan tadbir urus yang terbaik dalam konteks penilaian risiko bagi tujuan pencegahan rasuah dalam merangka Pengurusan Risiko Rasuah bagi organisasi.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh Puan Munah Abdul Aziz, Konsultan Pusat Integriti Sektor Awam dan Encik Nur Imran bin Mohd Shaili, Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Penilaian Integriti, IIM dan telah dihadiri seramai 35 warga kerja yang terdiri daripada ketua dan wakil-wakil bahagian JPN Negeri Melaka. Turut hadir pada sesi bengkel ini, Puan Nurhafidah binti Ali, Timbalan Pengarah JPN Negeri Melaka.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 251
JUMLAH PELAWAT : 210262

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 23 Oktober 2024

Skip to content